PERKAHWIN PADA USIA MUDA

Oleh;Nurafifah Hanim Binti Ghazali

Universiti Sains Islam Malaysia



 

Apakah kahwin itu senang atau susah? Ia bukan satu yang senang atau susah tetapi tengok kepada seseorang itu mengawal alam perkahwinan. Pada era ini ramai di kalangan orang muda terkejar kejar untuk berkahwin tetapi tidak memahami konsep sebenar perkahwinan tersebut. Hal ini berlaku kerana ingin mengikut trend yang berleluasa di media sosial mengenai alam perkahwinan itu suatu kebahagian. Apabila mereka melihat para influencer yang berkahwin awal menyeronokkan dan tidak perlu memikirkan kata-kata orang lain ini yang menyebabkan ramai yang ingin berkahwin awal. Apakah yang dimaksudkan dengan kahwin? Maksud kahwin ialah akad yang meghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan menurut hukum syarak.Dalam erti kata lain mehghalalkan lelaki dan Perempuan itu hidup bersama dan menentukan hak serta tanggungjawab kedua-dua belah pihak.Itulah maksud perkahwinan maka perlulah memahami denagn sebaikknya agar tidak berlaku salah faham antara pasangan . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)”

Riwayat al-Bukhari (5065) dan Muslim (3466)

 

Walau bagaimana pun kita dapat melihat sekarang ramai yang cerai. Hal ini mungkin disebabkan pikiran mereka yang masih belum matang. Situasi cerai berai ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan orang muda.  “Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan pada November 2022, sebanyak 43,934 kes penceraian dilaporkan pada 2021 dan daripada jumlah itu, lebih 23,000 kes melibatkan pasangan muda. Peguam syarie, Farah Diyana Azhar berkata, rata-rata pasa­ngan muda yang bercerai bukan sahaja mempunyai masalah kewangan, malah kurang matang dan tiada ilmu “(Berita Harian 15 Jun 2023).  Maka apabila sudah masuk alam perkahwinan kedua-dua pasangan hendaklah ingat bahawa mereka telah memikul tanggungjawab yang besar.Apabila sudah berkahwin kita bukan hanya mahukan nafsu semata tetapi kita mahu membina sebuah keluarga yang bahagia.Jadi kita perlu berfikiran luas dan jauh supaya tidak berlaku ketidaksefahaman antara suami dan isteri .Semua orang melihat bahawa perkahwinan itu satu kebahagian dan mereka lupa akan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri itu .

 

Di samping itu , jika mahu berkahwin di usia muda hendaklah sering bertanya akan orang yang lebih berpengalaman bagaimana cara untuk menguruskan kehidupan selepas berkahwin .Terdapat banyak cabaran untuk kita apabila berkahwin di usia muda antaranya masalah kewangan bagi yang belum mempunyai kerja tetap,tidak cukup masa untuk diri sendiri dan mempunyai banyak komitmen.Hal sebgini pada awal nya nampak biasa tapi semakin bertambah tahun semakin banyak perkara yang perlu diuruskan sendiri ini juga boleh menyebabkan pasangan hilang perasaan antara satu sama lain .Ianya apabila masing masing bekerja keras  tanpa mengenal erti penat maka akan wujud perasaan bosan bersama pasangan maka akan berlaku pertelingkahan . Selain itu, rakan-rakan juga akan menjauhkan diri kerana status yang sudah berbeza. Oleh itu, sesiapa yang ingin berkahwin awal lebih baik untuk merancang terlebih dahulu agar perjalanan selepas kahwin lebih terancang.

 

Seterusnya, berkahwin di usia muda terdapat kelebihannya pasangan itu mulai hidup bersama, mereka menjadi pasangan yang sah dan tidak perlu lagi membimbangkan apa yang diperkatakan oleh orang lain. Mendirikan rumah tangga umpama mendirikan tempat khusus untuk beribadah yang disebut masjid. Itu adalah sesuatu yang penting untuk dilakukan dalam Islam. Jika pasangan sudah jatuh cinta dan sedia untuk bernikah, ada baiknya untuk meneruskan  hubungan dengan berkahwin  .Selain itu,berkahwin di usia muda turut dapat mengawal masalah seks dan mengurangkan kes anak luar nikah  yang sering berlaku di kalangan remaja.Hal ini berlaku kerana mereka memandang remeh akan batas antara lelaki dan perempuan  .Firman allah : Dan janganlah menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Surah Al-Isra':32). Maka ayat ini jelas menunjukkan bahawa zina itu adalah perbuatan yang sangat keji.Seterusnya,menjadikan sesseorang itu lebih bertanggungjawab berbanding dengan rakan-rakan yang seusia dengannya .Rasa tanggungjawab akan dipupuk secara semula jadi kepada mereka yang sudah berkahwin . Ini kerana apabila pasangan mula mengambil berat dan memahami keperluan pasangan mereka, ia membantu mereka memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

 

Seterusnya, di sebalik kebahagian terdapat juga cabaran yang akan dilalui apabila sudah berumahtangga. Pertama dari segi pengurusan emosi kebiasaanya orang muda tidak reti mengawal nafsu kemarahan . Kadang-kadang, apabila orang masih muda dan belum mengalami banyak perkara dalam hidup, sukar bagi mereka untuk menangani cabaran yang datang dengan berkahwin. Sangat penting untuk pasangan untuk belajar tentang perasaan mereka dan cara mengendalikannya. Pasangan yang sudah berkahwin juga perlu belajar berfikir dan membuat keputusan yang baik.Kedua , masalah kewangan ,apabila berkahwin awal maka banyak duit perlu dikeluarkan untuk bayar rumah ,kereta ,bil ,perbelanjaan harian  dan lain lain.Terutamanya apabila tidak mempunyai kerja yang stabil . Selepas berkahwin, bekerjasama dengan pasangan anda untuk mendapatkan pendapatan.Jadi pasangan perlu  bekerja keras dan pasti  akan dapat menyara keluarga dengan baik.Ketiga ,kesetiaan terhadap pasangan .Apabila kahwin muda kita akan hidup dengan pasangan kita lebih lama jadi ada setengah pasangan dia verasa bosan dengan pasangan nya ini menyebabkan belaku kes curang dan perceraian  .Tedapat banyak sebab mengapa berlakunya kes curang ini antaranya kurang komunikasi ,perselisihan faham dan tidak mempercayai pasangan .Jadi inilah antara punca belakunya perceraian di kalangan pasangan muda .Terutamanya zaman kini pelbagai jenis aplikasi yang boleh untuk kita akses untuk mencari kawan perempuan ataupun lelaki Untuk menghadapi cabaran kesetiaan, adalah penting untuk terus berkomunikasi, membina kepercayaan, dan bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan emosi dan komitmen dalam perhubungan.

 

Kesimpulannya, usaha menggalakkan orang untuk berkahwin adalah usaha yang sangat baik ia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak semua ibu bapa menerima atau menyokong anak yang berkahwin pada usia muda. Oleh itu, selain ibu bapa, orang lain juga perlu memberikan pengetahuan dan sokongan yang mencukupi apabila orang muda membuat keputusan untuk berkahwin awal. Gejala sosial yang semakin merugikan remaja hari ini akan berkurangan jika usaha ini dilaksanakan dan golongan muda tidak lagi memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang mustahil bagi mereka. Maka dinasihati supaya mereka yang ingin berkahwin membuat persiapan yang sebaiknya sebelum memutuskan untuk berkahwin. Seterusnya,kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada materialistik semata sahaja tetapi faktor penting dalam membina rumah tangga bahgia adalah perkahwinan yang mempunyai sikap toleransi ,kerjasama dan kefahaman .Maka hendaklah berkahwin atas dasar tanggungjawab kepada allah dan sesame manusia . Jadi hanya diri sendiri yang mampu membuat Keputusan sama ada mampu atau tidak.Segala sikap negatif sebelum kahwin perlu dibuang .Walau bagaimanapun usia bukan perkara utama tetapi perkahwinan di usia muda hendaklah berhati-hati supaya perkahwinan yang dibina bersama tidak terkandas di tengah jalan.

Comments